Monday, May 27, 2013

Posted by PERMATA Maran, Pahang at Monday, May 27, 2013

Assalamualaikum semua.....dan Salam 1 Malaysia.

Kami warga PAPN Maran ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu anak-anak PERMATA Maran dan tidak dilupakan semua ibu-ibu seluruh dunia. Sesungguhnya segala jasa dan pengorbananmu tidak akan kami kenang hingga akhir hayat.

Marilah kita sama-sama berdoa untuk ibu kita :-

DOA UNTUK IBU

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibu ku.  Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya.
Ya Allah, Engkau anugerahkan lah kepada dia kesihatan yang berpanjangan kerana dia telah mengandungkan aku 
dengan susah payah.
Ya Allah, Engkau anugerahkan sebesar-besar ganjaran kepadanya kerana telah melahirkan aku.
Ya Allah, naungilah dia dengan kasih sayang Mu kerana dia telah menyusukan aku dengan penuh kasih sayang.
Ya Allah, anugerahkan ganjaran Mu diatas kesabarannya yang telah membesarkan aku.
Ya Allah, Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisi Mu diatas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan  dengan perangai aku yang menyakit kan hatinya, mengaibkannya dan berbagai-bagai perbuatan ku.
Ya Allah, anugerahkan kepada semulia-mulia tempat di sisi Mu kerana dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan diatas setiap pengorbanannya dari ku.
Ya Allah, kurniakan kepadanya iman yang sempurna. Kesihatan tubuh badan yang berterusan. Mendapat Ilmu yang bermanafaat. Di murahkan rezeki yang halal. Engkau masukkn lah dia kedalam golongan orang-orang yang dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat Mu ketika mati dan mendapat keampunan Mu sesudah mati.
Ya Allah, permudahkan lah dia  ketika menghadapi sakartul maut dan lepaskan dia dari  di hisab.
Ya Allah, jangan lah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmat Mu.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjuk Mu.



Ummiku Sayang

Memancar sang suria
Menyinar cahayanya
Begitulah berseri
Wajah ummiku sayang

(chorus)Aku sayang ummi
Ummiku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummiku sayang

Walaupun ummi letih 
Mengasuh kami ini
Namun masih tersenyum
Menyejukkan hati

(chorus)
 
Bila pulang sekolah 
Ummi sambut kami
Sembahyang sama ummi
Alhamdulillah

(chorus)

Ummiku sayang
Kaulah serikandi
Berkorban selalu untuk kami
Ummiku sayang
Kau ibu mithali
Semoga Allah kan berkati

(chorus)

Memancar sang suria
Menyinar cahayanya
Begitulah berseri
Wajah ummiku sayang

(chorus2x)

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

0 comments:

Post a Comment

 

PERMATA MARAN, PAHANG Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting