Borang Kemasukan Anak Permata

0 comments
PAPN Maran menjemput ibu bapa dan keluarga yang mempunyai anak berumur 1-3 tahun untuk mendaftar bagi kemasukan baru 2012 ke PAPN Maran. Mari beramai-ramai mendaftar bagi kemasukan baru 2012. PAPN Maran beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat) kecuali cuti umum.

Syarat-syarat kemasukan:
 
 Bagi kawasan luar bandar, jumlah pendapatan isi rumah (suami  dan isteri) adalah tidak melebihi RM1,500.00. 

 Bagi kawasan pinggir bandar dan dalam bandar, pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM 2,500.00. 

 Keutamaan juga diberikan kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), pemohon yang mempunyai masalah keluarga (contoh:  masalah penceraian, digantung tidak bertali  dll.).


 Keutamaan akan diberikan kepada ibubapa yang tinggal berdekatan dengan PAPN Maran (10 km dari kawasan rumah)

Permohonan baru untuk Permata Maran masih dibuka dan Ibubapa boleh memuat turun (disini) Permohonan mestilah disertakan dengan :

  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa
  • Salinan Mykid dan Surat Beranak Anak
  • Slip gaji pasangan/Pengesahan Pendapatan bagi yang bekerja sendiri 

Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke PAPN Maran:

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA
PARLIMEN MARAN
TAMAN MARAN DAMAI
26500 MARAN
PAHANG


 

PERMATA MARAN, PAHANG Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting