Wednesday, March 9, 2011

Selamat datang sayang ke PERMATA...

Posted by PERMATA Maran, Pahang at Wednesday, March 09, 2011 0 comments
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, setelah genap sebulan kami berada di bandar ayam kampung ini, segala persiapan telah siap dibuat seperti keceriaan sudut hiasan, walaupun pada masa itu banyak barang dan bahan masih lagi belum sampai sepenuhnya. Walau apa pun kami menggunakan bahan-bahan kos rendah dan kreativiti pendidik.

Pada 7 Mac 2011, pendaftaran pertama telah berlangsung di Pusat Anak PERMATA Negara Maran dengan meriahnya. Mengikut rekod, senarai nama yg kami peroleh daripada Bahagian PERMATA ialah seramai 25 orang kanak-kanak, tetapi hanya 19 orang kanak-kanak sahaja yang datang mendaftarkan diri. Seawal jam 8 pagi lagi, ibubapa datang bersama anak. Uishh...semangatnya..Wakil dari bahagian PERMATA juga datang iaitu Cik Nurzuraida dan En.Mohd Azim untuk memberi sedikit taklimat mengenai PERMATA. Sempat juga kami para pendidik mengenalkan diri kepada ibubapa. Setelah selesai, ibubapa mengisi borang-borang yang diperlukan kemudian diakhiri dengan jamuan ringan.

Di sini kami sempat mengambil gambar untuk tatapan semua sepanjang berlangungnya hari yang penuh bermakna ini.



 

PERMATA MARAN, PAHANG Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting