Monday, July 8, 2013

Posted by PERMATA Maran, Pahang at Monday, July 08, 2013 0 comments
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum....

Hai kawan-kawan....


Kami, warga Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Maran, Pahang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan,


SEMOGA RAMADHAN KALI INI ADALAH RAMADHAN YANG BERMAKNA BUAT KITA SEMUA.


Bulan Ramadhan telah datang menjelang,
Sebuah kesempatan untuk meraih maghfirah-Nya,
Mari bersihkan hati untuk sambut Ramadhan nan suci,
Mohon dimaafkan atas segala salah dan khilaf,
serta janji yang terabaikan,
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, May 27, 2013

Posted by PERMATA Maran, Pahang at Monday, May 27, 2013 0 comments
Sambutan Hari Ibu & Hari Guru
PAPN Maran 2013

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kami telah selamat menjalani Sambutan Hari Ibu dan Hari Guru PAPN Maran pada 23 Mei 2013. Terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa dan anak-anak PERMATA Maran yang telah hadir memeriahkan sambutan kali ini.

Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang program dilangsungkan.


ibu-ibu tersayang
warga bapa yang hadir
peace...
potluck
anak-anak PERMATA menyanyikan lagu
seronoknye.....sama-sama menyanyikan lagu PERMATA
pendidik menyanyikan lagu 'KAMI GURU MALAYSIA'
anak-anak dan ibu bapa buat senaman
ucapan daripada KP = Teacher Siti
ucapan daripada Pengerusi PIBP = Pn Mastura

~SLOT MENANAM POKOK~






~DEKO-DEKO CUPCAKES~

demo menghias cupcake daripada mama syahirah
semangat teacher-teacher!!
waaaaa......inilah hasilnya........sedap tak?? =)
~PENYAMPAIAN HADIAH~



yeah!! dapat hadiah.. terima kasih haqimi =)
terima kasih, putri =)
terima kasih, fatihah =)
cenderahati daripada PAPN Maran untuk semua...
Teacher-teacher bergaya sakan

sedapnya.....nyum...nyum....
cenderahati untuk anak-anak
=)







Posted by PERMATA Maran, Pahang at Monday, May 27, 2013 0 comments

Tarikh 16 Mei di setiap tahun adalah sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya murid dan pelajar bagi mengiktiraf dan mengenang jasa para cikgu yang telah banyak memerah keringat dan menabur bakti dalam mendidik mereka menjadi pemimpin yang berwawasan di masa hadapan.

Setiap tahun,sambutan ‘Hari Guru’ seiring dengan temanya. Tema untuk tahun 2013 ini adalah bertemakan ‘satu Aspirasi satu Agenda’.



Kami di PAPN Maran ingin mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua pendidik-pendidik PERMATA seluruh Malaysia. Sama-samalah kita memantapkan lagi prestasi kita sebagai pendidik demi mendidik anak bangsa kita.


Fotoshoot Hari Guru 2013


Seronoknya.....

Hehehe...anak-anak kecil...

Family 3 Tahun Teacher Siti

Keluarga besar Teacher Azie

Siapa hebat??!!! PERMATA!!!!

1 Malaysia
~ 1 Aspirasi 1 Agenda ~

Warga Pendidik 2013

Yeah!! Dapat hamper besar sempena Hari Guru! Terima kasih, Dato'!

Drpd : YB. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
DIMP.,SAP.,AAP.,AMP.,PKC.,
AHLI PARLIMEN MARAN

~ SELAMAT HARI GURU ~





Jom tengok ni.. Semoga terhibur =)


Posted by PERMATA Maran, Pahang at Monday, May 27, 2013 0 comments

Assalamualaikum semua.....dan Salam 1 Malaysia.

Kami warga PAPN Maran ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu anak-anak PERMATA Maran dan tidak dilupakan semua ibu-ibu seluruh dunia. Sesungguhnya segala jasa dan pengorbananmu tidak akan kami kenang hingga akhir hayat.

Marilah kita sama-sama berdoa untuk ibu kita :-

DOA UNTUK IBU

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibu ku.  Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya.
Ya Allah, Engkau anugerahkan lah kepada dia kesihatan yang berpanjangan kerana dia telah mengandungkan aku 
dengan susah payah.
Ya Allah, Engkau anugerahkan sebesar-besar ganjaran kepadanya kerana telah melahirkan aku.
Ya Allah, naungilah dia dengan kasih sayang Mu kerana dia telah menyusukan aku dengan penuh kasih sayang.
Ya Allah, anugerahkan ganjaran Mu diatas kesabarannya yang telah membesarkan aku.
Ya Allah, Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisi Mu diatas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan  dengan perangai aku yang menyakit kan hatinya, mengaibkannya dan berbagai-bagai perbuatan ku.
Ya Allah, anugerahkan kepada semulia-mulia tempat di sisi Mu kerana dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan diatas setiap pengorbanannya dari ku.
Ya Allah, kurniakan kepadanya iman yang sempurna. Kesihatan tubuh badan yang berterusan. Mendapat Ilmu yang bermanafaat. Di murahkan rezeki yang halal. Engkau masukkn lah dia kedalam golongan orang-orang yang dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat Mu ketika mati dan mendapat keampunan Mu sesudah mati.
Ya Allah, permudahkan lah dia  ketika menghadapi sakartul maut dan lepaskan dia dari  di hisab.
Ya Allah, jangan lah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmat Mu.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjuk Mu.



Ummiku Sayang

Memancar sang suria
Menyinar cahayanya
Begitulah berseri
Wajah ummiku sayang

(chorus)Aku sayang ummi
Ummiku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummiku sayang

Walaupun ummi letih 
Mengasuh kami ini
Namun masih tersenyum
Menyejukkan hati

(chorus)
 
Bila pulang sekolah 
Ummi sambut kami
Sembahyang sama ummi
Alhamdulillah

(chorus)

Ummiku sayang
Kaulah serikandi
Berkorban selalu untuk kami
Ummiku sayang
Kau ibu mithali
Semoga Allah kan berkati

(chorus)

Memancar sang suria
Menyinar cahayanya
Begitulah berseri
Wajah ummiku sayang

(chorus2x)

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Wednesday, March 20, 2013

~ SUDUT TEMA KAMI ~

Posted by PERMATA Maran, Pahang at Wednesday, March 20, 2013 0 comments

Assalamualaikum w.b.t, kawan-kawan...

Sekarang, tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh kawan-kawan semua, kan? Kini, kami kembali membawa pelbagai lagi cerita menarik untuk dikongsikan bersama kawan-kawan.

Kali ini, kami ingin kongsikan mengenai hiasan sudut tema di PAPN kami. Kalau kawan-kawan nak tahu, sudut tema ini dibuat dan diilhamkan sendiri oleh semua ibu-bapa kami. 
Pelbagai bahan telah digunakan untuk menghasilkan frame-frame gambar yang cantik dan menarik ini. Ada yang menghias kalendar dan menjadikannya frame gambar keluarga yang lebih menarik. Ada juga yang menggunakan kotak-kotak terbuang, dijadikan seperti kereta dan diolah dengan kreatif menjadi frame gambar keluarga bahagai yang sangat menarik.

Apa kata.....sekarang kita lihat hasilnya......jeng......jeng......jeng.....




 Haaaa.....cantik tak?


Alahai....comelnye frame-frame gambar keluarga ni.......
kalau kita buat dan gantungkannya di rumah, tentu cantikkan??


Projek Tema Bulanan - Keluarga Saya. 

Kali ini, projek tema dibuat oleh Keluarga Azierah, Keluarga Safia dan Keluarga Qalesya. Lihatlah hasilnya.......cantikkan...???



Tahniah diucapkan kepada keluarga-keluarga yang terlibat menyiapkan Projek Tema Bulanan ini. Kita tunggu pula hasil untuk Projek Tema Bulan hadapan ye... Tunggu....

 

PERMATA MARAN, PAHANG Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting