Tuesday, January 28, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBP PAPN MARAN~

Posted by PERMATA Maran, Pahang at Tuesday, January 28, 2014 0 comments
Pada 17 Januari 2014 pada sebelah petang, PAPN MARAN telah mengadakan satu lagi program Mesyuarat Agung PIBP. Mesyuarat ini diadakan untuk melantik kembali AJK PIBP baru dan membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan PIBP. Semua memberikan kerjasama yang baik dan komited. Majlis juga diserikan lagi dengan bacaan Yassin oleh  ibu bapa untuk menambahkan lagi keberkatan mesyuarat yang diadakan.

Ketua Pendidik 2014, Teacher Mazidah Musa.
Tekun mendengar taklimat dari Ketua Pendidik...
"Maaf ye tuan dan puan...saya mengaku saya terlalu sayangkan keluarga PERMATA...hehehe," Pn. Normi.

Wakil bapa seorang sahaja..huuu...En. Helmi..
Pengerusi PIBP PAPN Maran, Pn. Noramazliza.
"Alamak...mesyuarat kali ni..takpa-takpa yang penting FOKUS...

SAMBUTAN MAULIDULRASUL 2014~

Posted by PERMATA Maran, Pahang at Tuesday, January 28, 2014 0 comments
Pada 17 Januari 2014, PAPN Maran telah mengadakan Sambutan Maulidulrasul dengan berarak di sekitar Taman Chedong yang terletak berhampiran dengan PAPN Maran. Walaupun kami mengadakan majlis perarakan yang kecil namun sambutan yang sangat meriah oleh warga PERMATA. Jom kita tengok gambar di sekitar majlis berlangsung.

"Kita berdua je ke?" Pn. Engku.
"Ala macam tak biasa..kita kan orang kuat kat sini..lalala," Pn. Habibah.
Antara yang menjayakan Sambutan Majlis Maulidurasul...

"Justin..hurry up sayang," Pn. Jenice.
"Wah..mommy slowly..slowly," Justin.
"Kita bapa yang komited kan En. Helmi..hehe," En. Ilyas.
"Kita warga PERMATA baru kan..," En. Helmi.

SELAMAT DATANG 2014~

Posted by PERMATA Maran, Pahang at Tuesday, January 28, 2014 0 comments
Selamat datang kepada anak-anak baru PAPN Maran yang telah selamat mendaftarkan diri pada 2 Januari 2014 yang lalu. Belum terlambat untuk kami warga pendidik PAPN Maran mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga PERMATA kepada ibu bapa baru. Warga PERMATA yang terdiri daripada keluarga lama juga tidak pernah dilupakan. Semoga kami pendidik di PAPN Maran sentiasa berusaha dan berjaya mendidik anak-anak tuan dan puan dengan baik.



 

PERMATA MARAN, PAHANG Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting