Hari pembersihan Permata Maran
Rasanya inilah tajuk yang paling sesuai untuk hari ini (27 April 2012) berbanding dengan hari gotong royong kerana hanya 8 orang sahaja ibubapa yang hadir untuk membersih dan mencuci semua peralatan dan perabot di PAPN bersama dengan teacher. Sangat mendukacitakan. Tetapi tidak mengapa, hasil semangat dan dorongan anak-anak kami
ber-11 dapat menyiapkan semua kerja dalam masa satu hari. Fuh memang penat..untuk anak-anak yang tersayang kami rela..cewwah gitu..
Pembersihan ini dilakukan kerana dua orang kanak-kanak Permata telah menjadi suspek penyakit kaki, tangan dan mulut. Oleh itu, pegawai kesihatan Maran telah datang dan menyembur klorin di PAPN. Mereka juga menyarankan agar dilakukan pembersihan keatas semua peralatan disini.
Terima kasih kami ucapkan kepada ibubapa yang datang membuat gotong royong; mencuci katil, barang permainan, mengelap perabot, menyapu lantai, mengemop lantai, membersihkan tingkap dan sawang-sawang dan lain-lain kerja.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan.
Penuh teliti ibu Nurul membasuh.. |
Tekunnya En. Zahar.. |
Katil ni. En. Nan basuh dengan Dayu..salute la.. |
pewwwit! |
banyak lagi permainan yang dalam Q.. |
Lap sampai bersih Ibu Wan,.. |
Umi Ida Bz nampaknye.. Thanks a lot!! |
0 comments:
Post a Comment