Pada 29 Jun 2011, sekembalinya dari Balai Bomba Maran, anak-anak PERMATA Maran telah melawat Tunas Manja iaitu pasaraya yang terbesar di bandar Maran ini. Objektif aktiviti ini ialah untuk melihat dengan lebih dekat lagi sayur-sayuran yang dijual di pasaraya.Dikesempatan itu, sempat juga merakankan detik-detik bermakna itu:-
Anak-anak PERMATA sangat mengenali sayur terung dan timun yang ditunjukkan oleh Teacher Siti. Mereka sangat kagum dengan sayur-sayuran lain yang terdapat disana seperti kangkung, bayam, lobak, dan lain-lain lagi. Mereka juga didedahkan dengan timun tua juga perbandingannya dengan timun muda. Seronoknya! lain kali kita pergi lagi ya.
0 comments:
Post a Comment