Wednesday, June 29, 2011

Hari Bapa PERMATA Maran 2011

Posted by PERMATA Maran, Pahang at Wednesday, June 29, 2011 0 comments
Semua bapa yang hadir memotong kek oren!

Salam Satu Malaysia..

Pada 25 Jun 2011 yang lepas, Pusat Anak PERMATA Negara Maran telah mengadakan sambutan Hari Bapa 2011. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah "Coconut Hunter", "Project Runaway" dan "Yummy Apple". Walaupun tidak ramai yang turut serta, tetapi suasana sangat ceria dengan gelagat dan aksi-aksi lucu anak-anak dan juga ibubapa yang hadir. Antara family yang hadir ialah family Qaisara, family Hanani, family Amsyar, family Putri, family Rohaizat, family Maisara dan family Ummul. Antara detik-detik manis yang sempat kami rakamkan: 

Mari kita lumba!! ye ha..

 Macam mana nak makan epal ni?? aduh..

 Kecilnya epal..lalala

 aummm....yummy..

 Mama & Papa buat apa tu??

 Sedapnya..

 Project Runaway..wah tengok tu satu kotak penuh..

Papa..papa jom la main..

 Mahkota betik..

Saya pun nak makan juga..aauumm..

Apa la mama nak buat kat papa ni??

 Lekat betul-betul mama..

 Lamanya..

 Bestnya topi ni..

Ala-ala Hawaii pun ada..

Love Emoticons

Thursday, June 23, 2011

Fire Drill At PERMATA Maran

Posted by PERMATA Maran, Pahang at Thursday, June 23, 2011 0 comments
Pada 22 Jun 2011, PERMATA Maran telah mengadakan latihan kebakaran bersama dengan ibubapa dan pihak bomba Maran.

Seramai empat orang ahli bomba telah hadir untuk memberi penerangan mengenai punca kebakaran dan bagaimana untuk menghindarkannya.

Anak-anak PERMATA Maran sangat teruja apabila pihak bomba tiba bersama-sama dengan sebuah kereta bomba yang cantik bersinar.



Selamat Datang Bomba! 


First Parents Talk

Posted by PERMATA Maran, Pahang at Thursday, June 23, 2011 0 comments


Pada 15 Jun 2011 yang lepas, PAPN Maran telah mengadakan perjumpaan kali pertama ibubapa dan  para pendidik bagi membincangkan tahap perkembangan anak-anak mereka. Semua ibubapa telah hadir mengikut giliran yan telah ditetapkan. Banyak komen positif daripada ibubapa terhadap kurikulum permata ini, ada juga yang merasakan program ini perlu diperluaskan di seluruh Malaysia. Syabas diucapkan kepada para pendidik!

Wednesday, June 8, 2011

Selamat datang Ketua Pendidik!

Posted by PERMATA Maran, Pahang at Wednesday, June 08, 2011 0 comments
Waktu Morning Circle dalam lingkungan jam 9.15 pagi, ketua pendidik baru PAPN Maran sudah sampai. Namanya Nor Hazmah binti Hamzah yang baru menghabiskan sesi KPLI kumpulan ke-2. Selamat datang ke PERMATA Maran.

Tahniah !!! Marilah kita bersama-sama memantapkan Pusat Anak PERMATA Negara Maran.

Saturday, June 4, 2011

Hari Ibu & Hari Guru

Posted by PERMATA Maran, Pahang at Saturday, June 04, 2011 0 comments
Pada 21 Mei 2011 yang lalu, Permata Maran telah mengadakan sambutan Hari Ibu dan Hari Guru juga meraikan hari lahir Muhammad Akmal Aiman anak kepada Pn.Ju dan En.Bakri. Ibubapa yang hadir sangat sporting dan memberikan sumbangan dan komitmen untuk menyertai sukaneka yang dipertandingkan disamping meluangkan masa bersama anak-anak. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah sukaneka "Zombi Maran Damai", "Pisang dibawa Terbang" dan "Suapan Sayang".



Tidak ketinggalan, pendidik juga menyertai acara sukaneka yang dianjurkan oleh para ibubapa. Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa yang menyertai majlis ini. Selamat Hari Ibu & Hari Guru buat semua.

 

PERMATA MARAN, PAHANG Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting